JAWI : 4 Alasan Ringkas Mengapa Tulisan Jawi Perlu Di'rasmi'kan Kembali Berbanding Tulisan Rumi


1. Dari segi konteks tulisan - agama, sesetengah agama adalah sinonim dengan tulisan bangsa tertentu, contohnya Islam - tulisan Jawi Arab, Kristian - tulisan Rumi dan lain - lain agama. Sekiranya Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, kenapa tidak jadikan tulisan Jawi Arab / Nusantara kepada tulisan rasmi negara Malaysia?

2. Dari alasan nombor 1, secara tidak langsung bahasa boleh mendekatkan seseorang kepada agama. Dari satu kaji selidik yang dijalankan (sumber : Kaji Selidik Tulisan Jawi) didapati bahawa

"Temubual responden secara tidak langsung dengan beberapa murid-murid yang tidak menguasaai tulisan jawi menyatakan ibu bapa mereka tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji al-Quran pada anak-anak mereka di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain."

"Bagi murid-murid yang berkebolehan dalam tulisan Jawi yang memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, secara amnya dari latar belakang ibubapa yang amat mementingkan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Kaji Selidik juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik murid."

Hasil kajian yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa agama adalah berkait rapat dengan tulisan yang diketahui / dipelajari dan vice versa.

3. Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi senang dikuasai, ejaannya berdasarkan sebutan mulut dan ejaannya juga tidak terikat kepada loghat - loghat sebutan bangsa tertentu. Contohnya sebutan 'bo-leh' juga boleh disebut sebagai 'bo-lih' dan 'bol-leh'. Berbanding tulisan Rumi, tulisan Jawi adalah berdasarkan sebutan mulut kepada perkataan, bukannya perkataan kepada sebutan mulut. Maka berdasarkan perkataan 'bo-leh' hanya boleh ditulis kepada 1 (satu) perkataan asli iaitu 'بوله'. Secara tidak langsung ini membantu menyelaraskan ejaan dan menaikkan taraf bahasa bangsa masing - masing.

4. Tulisan Jawi turut merupakan tulisan yang agak stabil dan konsisten. Apa yang saya maksudkan dengan konsisten ialah penggunaan ejaan Jawi tidak berubah sesuka hati berdasarkan zaman berbanding tulisan Rumi. Contohnya perkataan 'boleh' (bahan contoh yang sama dengan alasan nombor 3) dahulunya ditulis sebagai 'bolih' berbanding 'boleh'. Namun ejaan tulisan Jawinya tidak berubah dari masa dahulu sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment